Saturday 12 March 2011

KURSUS JARAK JAUH



KURSUS 1:
KURSUS KERANI AM / PEMBANTU TADBIR
 - JARAK JAUH  (SECARA POS)
________________________________________

KURSUS INI DISUSUN KHAS UNTUK LEPASAN SPM  & STPM YANG INGIN MEMOHON JAWATAN "PEMBANTU TADBIR" (Perkeranian Operasi)
DAN "KERANI AM" DI SEKTOR SWASTA.
Anda TIDAK PERLU mengambil cuti
Anda TIDAK PERLU menghadiri kuliah/kelas
Anda TIDAK PERLU membayar kos yang tinggi

Pada masa kini, kelulusan akademik sahaja bukan satu jaminan untuk anda mendapat pekerjaan yang baik. Anda perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai sijil kemahiran yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang ingin anda ceburi.

Syarikat swasta khususnya hanya memerlukan kakitangan yang berpengalaman 1 – 3 tahun. Sekiranya semua syarikat mengenakan syarat sedemikian, selagi itulah anda tidak layak memohon jawatan kerani am.

Mengikut pengalaman kami, ramai bekas peserta kursus ini telah diberi peluang untuk ditemu duga dan akhirnya berjaya mendapat pekerjaan tersebut walaupun tanpa pengalaman kerana mereka telah mempunyai pengetahuan asas berkaitan pengurusan pejabat dan tugas-tugas rutin kerani am. Peluang peserta kursus ini juga lebih cerah kerana telah memiliki kemahiran PENGURUSAN SUMBER MANUSIA serta mempunyai KEMAHIRAN KOMUNIKASI & PERHUBUNGAN PELANGGAN yang sangat dikehendaki oleh Jabatan Kerajaan dan swasta.

Kursus Jarak Jauh
Sejak beberapa tahun yang lalu, kursus ini dikendalikan secara hadir di setiap daerah. Pada masa tersebut kami telah mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kami. Antara masalah tersebut ialah meraka terpaksa mengambil cuti semasa menghadiri kursus ini. Mereka juga terpaksa mengeluarkan modal yang banyak untuk kos tambang ke tempat kursus serta kos makan dan minum.Menyedari hakikat inilah maka kami telah melancarkan program "Kursus jarak jauh secara pos" ini.

Modul kursus
Modul kursus kami dirangka begitu teliti untuk memastikan peserta-peserta kami mahir di dalam bidang pentadbiran pejabat seperti sistem fail, pengurusan stor kerajaan, Pengurusan Sumber Manusia,Surat Rasmi Jabatan Kerajaan, kemahiran komunikasi dan perhubungan pelanggan. Para peserta juga akan diajar “Teknik berjaya di dalam Temu Duga SPA/ Swasta”. Ini merangkumi persediaan awal seperti penyediaan resume yang menarik (berbeza daripada resume calon-calon lain),surat permohonan dan cara-cara memohon pekerjaan di Jabatan Kerajaan,serta soalan-soalan yang lazim dikemukakan di Jabatan kerajaan dan swasta).

Modul-modul kursus ini adalah:
1. Kerjaya Di Bidang Perkeranian                  5. Dokumen Perniagaan
2. Komunikasi & Perhubungan Pelanggan   6. Surat Rasmi Kerajaan
3. Sistem Fail                                                    7 .Pengurusan Stor Kerajaan
4. Pengurusan Sumber Manusia
                                               
Bagaimana Kursus jarak jauh ini dikendalikan?
Kursus ini dikendalikan secara JARAK JAUH sepenuhnya iaitu nota-nota dikirimkan kepada peserta menggunakan POS EKSPRES. Nota-nota adalah dalam bentuk "Ms. Word 2010". Peserta-peserta kursus ini tidak perlu menghadirkan diri tetapi hanya perlu membaca nota-nota kursus tersebut. Untuk mempastikan peserta-peserta membaca semua nota tersebut, para peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan mudah (Objektif – pilihan A-B-C) dan mesti mengirimkan kepada kami melalui SMS.

Sijil Tamat Kursus
Para peserta yang telah menjawab semua soalan-soalan yang disediakan akan menerima 3 Sijil Tamat Kursus iaitu:
  1. Kerani Am/ Pembantu Tadbir
  2. Pengurusan Sumber Manusia
  3. Komunikasi & Perhubungan Pelanggan
 untuk peluang lebih cerah mendapat pekerjaan.
 

 # Di dalam sijil tidak dinyatakan bahawa anda mengikuti kursus ini secara jarak jauh.

Yuran Kursus
Yuran keseluruhan kursus JARAK JAUH ini adalah  RM150.00 sahaja  (Tawaran Istimewa).

Penyelaras Kursus
Kursus ini disusun oleh seorang penceramah kursus berpengalaman lebih 18 tahun mengendalikan kursus-kursus perkeranian, perbankan, insurans dan takaful. Beliau pernah berkhidmat di syarikat kewangan, koperasi dan beberapa buah syarikat terkemuka. Kini beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA LABUAN BHD.

Bagaimana cara untuk mengikuti kursus ini?

Sila ikuti panduan ini:
1. Taipkan (Nama <> Daftar Kursus Kerani Am Jarak Jauh) SMS ke
012 - 818 3080
2. Anda akan menerima No. Akaun Pengetua.
3. Sila ikut arahan yang diberikan.


# PERHATIAN: Pendaftaran melalui SMS sahaja. Maaf. Panggilan telefon tidak dapat dilayan.


Soalan-Soalan Lazim:

1. Berkesankah kursus jarak jauh ini?
Jawapan: YA. Kursus jarak jauh telah lama diprktiskan di Malaysia Contohnya MAKTAB ADABI Gaya Pos dan UNIVERSITI SAINS MALAYSIA dan ribuan pelajar telah berjaya.

2. Berapa lamakah kursus ini (pelajar boleh dapat sijil) ?
Jawapan: Sebaik sahaja anda menjawab soalan-soalan yang diberikan dan mengirimkannya kepada kami melalui SMS, sijil terus dikirimkan menggunakan SAMPUL EKSPRES/ POSLAJU.

________________________________________________________

KURSUS 2:

KURSUS ASAS PERBANKAN
(KURSUS JARAK JAUH - SECARA POS)
 
Modul Kursus
1. Perbankan di Malaysia
2. Sistem Perbankan Islam
3. Takaful
4. Riba
5. Kontrak-kontrak Musawwamah

Bagaimana Kursus jarak jauh ini dikendalikan?
Kursus ini dikendalikan secara JARAK JAUH sepenuhnya iaitu nota-nota dikirimkan kepada peserta menggunakan POS EKSPRES. Nota-nota adalah dalam bentuk "Ms. Word 2010". Peserta-peserta kursus ini tidak perlu menghadirkan diri tetapi hanya perlu membaca nota-nota kursus tersebut. Untuk mempastikan peserta-peserta membaca semua nota tersebut, para peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan mudah (Objektif – pilihan A-B-C) dan mesti mengirimkan kepada kami melalui SMS.

Sijil Tamat Kursus
Para peserta yang telah menjawab semua soalan-soalan yang disediakan akan menerima "Sijil Tamat Kursus Asas Perbankan"

Yuran Kursus
Yuran keseluruhan kursus Asas Perbankan JARAK JAUH ini adalah  RM100.00 sahaja  (Tawaran Istimewa).

Bagaimana cara untuk mengikuti kursus ini?

Sila ikuti panduan ini:
1. Taipkan (Nama <> Daftar Kursus Asas Perbankan Jarak Jauh) SMS ke  012 - 818 3080
2. Anda akan menerima No. Akaun Pengetua.
3. Sila ikut arahan yang diberikan.


# PERHATIAN: Pendaftaran melalui SMS sahaja. Maaf. Panggilan telefon tidak dapat dilayan.

3 comments:

  1. Kalau ada kursus tersebut ada d bintulu tetapi tidak dapat hadir krna hal yg lain,boleh kah pakai kursus jarak jauh? Saya bertanya kerana berminat .. Saya pelajar lepasan spm 2017 yg tengah menunggu resukt x lama lagi .. Harap ada respon

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. masih ada kursus jarak jauh?

    ReplyDelete